Tahun ini sama juga seperti tahun-tahun sebelum untuk setiap kali hari raya pada pandanganku. Bezanya tahun ini aku pulang ke kampung setelah berjauhan daripada keluarga dalam sejarah hidupku. Walaubagaimanapun, tahun ini aku sudah kerapkali pulang ke kampung jadi keadaan normal seperti biasa anak-anak dari kota pulang ke kampung. Cuma bezanya tahun nie aku memberikan saguhati terutamanya kepada kaum-kaum wanita keluargaku yang berupa alat perhiasan daripada Sabah. Telefon menjadi pengubat rindu bila berseorangan dan terkenang diwaktu zaman belajarku di kampus. Bertanya khabar, suka-duka dan ucapan selamat hari raya tidak putus-putus ku kirimkan dan kuterima juga. Dimasa terluang aku menolong ibu dan kakak membuat persiapan pada hari raya kelak. Perbelanjaan adalah sederhana, kuih raya mudah didapati dan cukup untuk menjamu tetamu yang datang sahaja. Ditambah kedua-dua abangku tidak pulang ke kampu
ng untuk hari raya pertama kali ini. 
It's the end of 2025!
5 months ago

1 comment:
Nak jadi chef ke ni?
Post a Comment